BLOGGER TEMPLATES AND Twitter Backgrounds »

Saturday, October 30, 2010

2x5-Ahli Fiqir



Kali Bagi Tolak Campur
Habislah geli kerana geletek
Hilanglah resah kerana biasa
Kerana telah terbiasa
Geli dan resah tidak lagi terasa


Semut di seberang lautan
Kau nampak
Bila gajah di depan mata
Kau buta


Lebih sudu dari lauk
Lebih tunjuk dari tengok
Lebih diri dari duduk
Lebih cawan dari mangkuk


Berkata-kata jangan lupa
Banyak yang bertukang di mata dan Mulut
Sedikit sahaja yang
Menukang di tangan
Bangkai gajah busuk di hutan
Hendak di tanam
Pekong di kaki sendiri dibiaskan
Busuk oh.. Kurap, kudis, nanah, kayap.. ii..


Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh


Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok


Duduk diam tunggu dulu
Kunci mulut nanti dulu
Sebelum kau berbicara
Sebelum kau nak berkata
Cermin dulu hujung rambut
Hingga ke hujung hujung kuku kakimu


Kurangkan lada kurang pedasnya
Kurangkan rempah kurang panasnya
Kurangkan lebah kurang sengatnya
Kurangkan cakap kurang silapnya


Dan membisu takut takut
Nana tahu silap hari
Silap bulan lambat laun
Silap tahun kau menjadi


Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh


Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok


Jangan cakap lepas
Biar pandai beralas
Ada ubi ada batas
Ada hari kami balas


Kiramu hanya bias
Cecamu cuma tempias
Hari ini kami berkias
Esok lusa kami mengganas


Jangan suka jaga tepi kain orang lain
Kain sendiri yang terlondeh
Kata dulang paku serpih
Kata orang dia yang lebih


Ada orang suka menerima
Tapi tidak suka menderma
Ada orang suka menderma
Tapi diharap dibalikkan semula


Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh


Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok


Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh


Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok

0 comments: